Friday, July 30, 2010

Jumaat lagi..

Jumaat lagi..tapi skrang ni dah pukul 2.38 am. Dah masuk hari sabtu ni..hehe..Hari jumaat minggu ni aku balik alor staq. Dah 3 minggu aku bertapa di kulim so dah tiba masa pulang ke kampung halaman. Rindu kat mak ayah kot. Lagipun aku nak melawat shahrul nizam salihin yng mengalami kemalangan minggu ni. Kesian kat dia. Dah 2 kali excident sejak menetap di alor staq ni. Tapi nak buat cmna kan kalo bnda nak jadi. Kat mana2 pun boleh jadi. Terima la dugaan selagi kita bernyawa di bumi ini. Biasala hari jumaat. Nama ja cuti tapi kalau aku balik umah ni mmg xlekat sangat kat umah. Tengah hari ja keluar jumpa nizam. Bawa dia makan. Lepas makan pi menyanyi. Dah lama aku x menyumbangkan suara..hehe..Nampak secret recipe tiba2 si nizam mengidam kek chocolate indulgence lak..hai macam2 la si nizam ni. Suma bnda dia lapar nak makan..haha..Malam lak aku pi kampung melawat tok ngn nenek aku and then continue buat assignment smpai la skang ini. Mata dah ngantuk so nak tido..Zzzzz..nite:)

p/s: jumaat yng menggembirakan dapat makan masakan ibu tercinta..

Thursday, July 15, 2010

KEMBALI KEALAM PRAKTIKAL...

Hai...lama gila dah aku xupdate blog ni..almaklumla skang ni aku agak busy skit coz praktikal aku dah kembali bermula. Alhamdulilah sedar xsedar aku dah masuk final sem dan aku harap aku berjaya tamatkan sem ni dengan jayanya. Sekarang ni aku dihantar tugas dekat klinik kesihatan bandar kulim. Nasib baik la aku dihantar dengan yati so xdak la rasa cuak sgt. 1st day aku kat sini rasa cuak la gak kan coz environment baru and then xkenal sapa2 lagi. Yang bestnya 1st day aku masuk sini dah da kenduri makan2 time lunch. Mmg langkah kanan la aku ni..Tiga hari berturut-turut lunch aku xpayah kuarkan duit.haha. Aku skang ni bertugas dekat kaunter selama sebulan lps tu baru masuk stor lagi sebulan. Duk kk ni best la skit sebab aku berpeluang dispen dekat patient.




Kalau nak tawu patient dekat kk ni lebih ramai kalau nak dibandingkan dekat hospital kulim. Agak letih tapi tugas tetap tugas. Bukan setakat dekat klinik je aku diberi kerja tapi dekat umah pun aku ada kerja. Ni suma Mr vijay la pegawai tertinggi dekat situ nak aku buat satu kes tentang diabetik and then present depan dia. Dah 3 minggu dah aku kena buat benda ni. Walaupun mula2 aku xdak idea and memeningkan kepala aku kerja ni tapi atlast aku dapat siapkan..hehe..Lepas ni bila time aku attach dekat stor lagi bnyak kerja mr Vijay nak bagi..hai nasib baik la u hensem mr vijay, ada la semangat skit aku nak buat.hahaha..Aku rasa sangat happy dengan staff2 dekat sini tapi ada gak dalam ramai2 ni aku xsuka..xpayah la aku mention nama dia..haha..ok la next time aku update lagi ttg praktikal aku ni:)